Negeri Indonesia,
yang Mayoritas Muslim..
betul-betul Dungu !
melewati Jeda tahun 2012 ke 2013
dengan Mercon, Terompet, Maksiyat !
dimana-mana ribut, berisik
dan memekak telinga
betul-betul Jahiliyah !
Jahiliyah = Dungu = Goblok !
Tahun baru Hijriyah saja,
adalah kebid’ahan untuk diperingati,
konon apalagi
betullah Sabda Rasulullah SAW
bahwa pada akhir zaman,
Umat ini akan mengikuti Yahudi dan Nasrani..
Walaupun ke Lubang biawak yang Jorok
Berkata Sufyan Ibnu ‘Uyainah dan yang lainnya dari kalangan salaf:
“Sungguh orang yang rusak dari kalangan ulama kita, karena penyerupaannya dengan Yahudi.
Dan orang yang rusak dari kalangan ahli ibadah kita, karena penyerupaannya dengan Nashrani.”
(Iqtidha’ Ash-Shirathil Mustaqim, hal. 23-23)
Gelombang badai yang besar ini menghantam
segala apa yang ada di hadapannya dan membawa korban yang besar.
Wallahu Al-Musta‘an wa ilallahi Al-Musytaka (Hanya kepada Allah kita meminta tolong dan mengadu).
Sungguh benar Rasulullah SAW ketika menyatakan umat beliau
akan meniru dan menyerupai umat terdahulu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta.
Karena saking ingin sama dan serupanya dengan peradaban kafirin,
bila diibaratkan umat terdahulu masuk ke lubang dhabb
yang sedemikian sempit maka umat ini pun akan masuk pula ke dalamnya.
Nas’alullah As-Salamah wal ‘Afiyah (hanya kepada Allah kita memohon keselamatan).
Al-Hafidz Ibnu Hajar Al-Asqalani menyatakan:
“Dalam hadits di atas Nabi SAW mengkhususkan penyebutan lubang dhabb
karena lubangnya sangat sempit.
Namun bersamaan dengan itu umat beliau akan mengambil jejak umat terdahulu
dan mengikuti jalan mereka,
walaupun seandainya mereka masuk ke lubang yang sesempit itu
niscaya umat ini akan tetap mengikutinya.” (Fathul Bari, 6/602)
Beberapa Hadits Bagaimana Akhir Zaman :ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG
H.R. MUSLIM
Daripada Abdullah bin Amr bin ash’ ra berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :” Bahawasanya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim-ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai peminpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”
Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan “patah tumbuh hilang berganti”, peribahasa itu tidak tepat berlaku kepada alim-ulama.
Mereka patah sayap payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu masa nanti permukaan bumi ini akan kosong dari ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Sebenarnya alim-ulama lah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.
di akhir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW tadi. Dimana bilangan ulama-ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkan pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Inilah realiti masyarakat kita di hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.
UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI
H.R. MUSLIM
Daripada Abu Said Al-Kudri ra berkata : Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :” Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, ” “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi SAW menjawab, ” Siapa lagi kalau bukan mereka”.
Umat Islam yang mengikut jejak langkah apapun “cara hidup” orang-orang Yahudi dan Nasrani, hinggalah dalam urusan orang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekalipun, orang Islam akan terus mengikut mereka.
Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah SAW ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mere hanya meniru “cara hidup” Yahudi dan Nasrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.
Ya Allah ! Selamatkan lah kami daripada mereka.
GOLONGAN ANTI HADIS
H.R. ABU DAUD DAN IBNU MAJAH
Daripada Miqdam bin Ma’dikariba ra berkata : Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : ” Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadis ku maka ia berkata : “Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang dihalalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkam”. (Kemudian Nabi SAW melanjutkan sabdanya): “Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah SAW, samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah SWT”.
Lelaki yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah seorang yang mengingkari kedudukan Hadis sebagai sumber hukum yang kedua selepas al-Quran. Ia hanya percaya kepada al-Quran sahaja. Baginya, hadis tidak perlu untuk dijadikan sumber hukum dan tempat rujukan. Golongan ini tidak syak lagi telah terkeluar dari ikatan Agama Islam. Dan pada realitinya seseorang itu tidak akan dapat memahami al-Quran jika tidak merujuk kepada hadis Nabi SAW. al-Quran banyak menerangkan hal-hal yang besar dan garis panduan umum. Maka Hadislah yang berfungsi untuk memperincikan isi dan kandungan serta kehendak ayat-ayatnya serta menguraikan dan menerangkan yang musykil. Oleh kerana itu, syariat tidak akan sempurna kalau hanya dengan al-Quran saja, tetapi ia mesti disertai dengan hadis Nabi SAW.
GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG
H.R. BUKHARI
Daripada Mughirah bin Syu’bah ra berkata : Rasulullah SAW bersabda : “Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehinggalah sampai suatu saat yang dikehendaki oleh Allah SWT. Mereka sentiasa berjaya”
Allah SWT telah menjadikan umat Islam ini umat yang terakhir sekali. Oleh itu Allah SWT berjanji akan memelihara kitabNya (al-Quran) dan memastikan lahirnya generasi demi generasi yang akan memikul
tugas dakwah hingga tetap wujud golongan mukminin di permukaan bumi ini.
Kalau kita meneliti sejarah umat Islam mulai zaman permulaan penyebarannya hingga ke hari ini, kita
akan mendapati bahawa umat Islam telah teruji sepanjang sejarah dengan ujian yang berat-berat.
Ujian itu bermula dari golongan musyrikin di Mekah dan munafikin, Yahudi dan Nasrani di Madinah, seterusnya gerakan riddah, Majusi yang berselimutkan Islam, golongan Bathiniyah, pengaruh falsafah
dan pemikiran Yunani, serangan bangsa Moghol dan bangsa Tatar yang menghancurkan tamaddun
Baghdad pada pertengahan abad ke enam Hijrah. Begitu pula halnya dengan penyembelihan beramai-ramai terhadap kaum Muslimin ketika berlakunya kejatuhan kerajaan Islam di Andalus (Sepanyol) dan seterusnya di sambung dengan pengaruh-pengaruh imperialis Barat terhadap dunia Islam, gerakan Zionis Yahudi dan missionary Nasrani yang mempunyai alatan dan kemudahan yang banyak dan seterusnya serangan di segi pemikiran dan kebudayaan dan sebagainya … dan sebagainya ….. . Walaupun ujian yang sangat dashyat melanda umat Islam di sepanjang sejarah namun mereka masih wujud dan masih lagi mempunyai identiti dan peranan yang hebat di dalam peta dunia di hari ini.
PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU
H.R.HAKIM
Daripada Abu Hurairah ra katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :”Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi SAW menjawab, ” Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok (2) terlalu mewah (3) menghimpun harta sebanyak mungkin (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia (5) saling memarahi (6) hasud menghasud sehingga zalim menzalim”.
Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah SAW tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum Muslimin di hari ini.
Disana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam di landa krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyak nya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasud-menghasud dan sebagainya.
Marilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!!!!!
Walaupun di hari ini ada di kalangan umat Islam yang tidak mengambil berat tentang agama mereka
tetapi masih ada golongan yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari agama dan
memperjuangkannya. Walaupun ramai di kalangan umat Islam yang telah hancur moral dan akhlaknya tetapi masih ada lagi golongan yang berakhlak tinggi dan berpekerti luhur. Walaupun syiar-syiar Islam diinjak-injak di sebahagian tempat tetapi di tempat lain syiar-syiar Islam masih lagi gagah dan teguh. Walaupun aktivis-aktivis Islam ditindas dan diseksa pada suatu tempat tetapi di tempat lain mereka akan disanjung dan dihormati. Begitulah seterusnya umat Islam tidak akan lenyap dari permukaan bumi ini……, hinggalah sampai pada masa yang dikehendaki oleh Allah SWT. Maka pada masa itu Allah SWT akan mematikan semua orang-orang Islam dengan tiupan angin yang mematikan setiap jiwa yang beriman dan yang tinggal setelah itu hanyalah orang-orang jahat atau orang kafir, maka pada saat itulah akan berlaku hari qiamat.
Beberapa Hadits dikutip dari http://rockapak.org/forum/index.php?topic=32.5;wap2